SIMPTOM NORMAL SEBELUM HAID
Sebelum didatangi haid, pasti ada sahaja perkara yang boleh membuatkan kamu menjadi lebih sensitif dan berasa tidak puas hati dengan keadaan sekeliling.
Semuanya bagai tidak kena menyebabkan orang di sekeliling sering menjadi mangsa amarah kamu. Ketika itu, kamu juga merasakan orang di sekeliling tidak memahami dirimu dan menyebabkan kamu memerlukan ruang untuk bersendirian.
Jika itu berlaku, ia adalah simptom-simptom normal ketika berlakunya sindrom prahaid atau premenstrual syndrome (PMS).
SINDROM PRAHAID ATAU PMS
PMS kebiasaannye berlaku kira-kira dua minggu sebelum bermula haid. Ia berbeza dengan dismenorea atau senggugut yang terjadi ketika datang bulan.
Punca sebenar berlakunya PMS belum dapat dikenal pasti. Bagaimanapun, faktor sosial, budaya, biologi dan psikologi antara punca ketidakseimbangan hormon dalam badan sebelum haid bermula.
Selain itu, ketidakseimbangan antara hormon menyebabkan peningkatan estrogen dan penurunan progestrone yang merupakan hormon utama perempuan antara punca terjadinya sindrom tersebut.
Malah, setiap perempuan mempunyai tindak balas atau simptom yang berbeza ketika berlakunya sindrom prahaid ini.
No comments:
Post a Comment